*Back on business please* Baiklah. Setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku kembali ke jalan yang berturap. Sebenarnya, aku dah lama tak post entry baru sebab aku ada sebab aku tersendirilah kan.. Takkan tu pon aku nak share dengan korang.. Tak PRIVACY la *konon* Aku nak habaq mai kat hangpa depa dan kampa sekalian yang pada hari rabu yang lepas yakni pada tanggal 11 Julai telah bermula lah satu ujikaji kami yang pertama dalam kursus *subjek* Site Investigation. Gah giler nama kan? Hoho.. Site investigation ni bukan macam CSI yang korang selalu tengok kat AXN tu. Tu kafir laknatullah punye cerita. Tapi Site Investigation ni, insyaAllah dapat mendekatkan diri korang dengan yang Maha Pencipta. Sebab dalam kursus ni, kita akan belajar mengenai tanah, iaitu salah satu ciptaan Allah yang sangat memberikan manfaat kepada manusia seluruh alam. Ye la, dengan tanah kita boleh bercucuk tanam, membina masjid di atasnya dan kita pon berasal daripada tanah jugak kan! *okay, aku dah start tarbiah*
Hari Rabu lepas, Tuan Syed a.k.a Papa Syed telah mengarahkan pelajar-pelajar program Geo-structure semester 3 untuk berkumpul di dalam geotechnic laboratory. Kami juga telah diingatkan agar berpakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti yang ganas. *ganas --> lasak* Setibanya kami di dalam makmal tersebut, kami telah di-brief terlebih dahulu oleh beliau tentang aktiviti yang akan kami jalankan pada petang itu. Aktiviti tersebut ialah ??? Hand Auger laa!! *tengok title pon dah tao.. lame* Mula-mula agak blur jugak la kan, hand auger? Amende lak tu? Dah la tak belajar pape lagi, tuptup terus buat lab pulak? Papa Syed mengarahkan kami untuk membentuk sebuah kumpulan (3 orang 1 group) dan oleh sebab dalam kelas kami hanya ada 2 kuntum bunga, kami tidak dibenarkan untuk duduk didalam satu kumpulan -.-" Pelbagai cara telah dilakukan untuk menentukan siapa group pertama dan kedua. *osom la, lat talilat la, undi, tapi sume tak jadi* last-last dapat jugak group yang nama bercapital sama iaitu kumpulan "A" dan "F".. Kumpulan A terdiri daripada Aziz, Azilah dan Afiq. Manakala kumpulan F pula Fikri, Farah dan Faiz. Kan senang kalau awal-awal macam tu.. Tak de la buang masa undi, osom bagai *lame*
Fikri tengah korek lubang nak buang air tuuutt! xD
Faiz tengah sambungkan shaft dengan drill
*muka tu cover la sikit -.-"*
Apa yang penting? Kerjasama!!
Bekerja bersama "Papa Syed"
*Fikri main Merry-go-round tak hajak! -,-*
Saya putar, Halim~
Main geli-geli dengan tanah
*siyes geli tapi best!*
Semakin dalam kita korek, tanah akan mula berubah warna
*please ignore mamat ni*
Dari kiri : Azilah, Aziz, Farah
Okay. Muka letih @_@
Kesimpulan yang berjaya saya simpulkan di sini ialah, tak ada! Bhahahaha.. Buat benda ni memang la penat kan.. Tapi, siyes BEST!! So, kepada adik-adik atau abang-abang yang pening-pening lalat nak pilih tempat belajar or tak tahu nak belajar kat mana, join la KKTM Sri Gading.. But make sure korang masuk program GEO-STRUCUTRE tao! Sebab geo-structure memang COOL habis!
Sekian, Wassalam.. =)









