Sunday, February 27, 2011

Surat cinta ke hape ni ?!

HAHA . Romentik bhaii ! Siap bagi surat cinta . Entry ni di post bukan nak mengaibkan sesiapa . Tapi usaha beliau ini haruslah dicontohi .. Surat cinta tu berbunyi macam ni :


Nama saya F****l
Nutukmu

Mkom ! Hai boleh ke kenalan nama saya F****l
Aku suka mu
Aku kata cintaimu
I love u !!


Romentik kan ? Even though spelling memang OUT ! At least brader ni berani nak luahkan perasaan dia kat orang yang beliau suka tu . Aku diberitahu budak ni orang Sabah . Kacak orangnya . Tak tahu la penerima surat ni terima CINTA brader ni or tak . TERBAEK la brader ! Tabik spring sama luuuu . Kepada sesiapa yang tak faham apa yang brader tu tulis , buat-buat la faham ye ? Assalamualaikum



Sweetest dream I ever had !

Haaa ! Kali ni story pasal mimpi pulak . Aku mimpi ape ek malam tadi ? *buat-buat lupa* Hurrmm . Aku mimpi aku jumpa dengan seorang makhluk ALLAH yang sangat charming ! Kulit putih melepak macam tepung gomak habaq hang ! Tapi serious perangai cam setan . Masuk dalam mimpi aku dah la tak bagi salam , pastu nak cari gaduh dengan aku . Nasib baik la kau handsome . Kalau tak , aku sanggup tak tidur malam wwoooo !! HAHA .. Kejam kan ? *please ignore*

Mimpi aku bermula di sebuah tempat yang aku sendiri pun tak tau kat mana . Ntah wujud ke tak tempat tu . Tapi seriously tempat tu buruk . Yang menghairankan aku , even though tempat tu buruk tapi bau dia wangi sangat . Kalah Ralph Lauren , Escavada , Belanda , pe jadah laaa ! HAHA . Aku tak hengat la pulak aku buat apa kat sana *kate pun mimpi -.-* Tiba-tiba datang la mamat ni . Muka nak handsome je ! Aku simbah asid tau laa . Aku tak hengat la semua mimpi aku tu , tapi last-last si mamat tu melamar aku . HAHA . Macam hampeh kan ? Mainan syaitan ! Astaghfirullah ..

Tapi aku harap aku dapat la LOVE STORY macam mimpi aku ni . Mula-mula benci , lama-lama cinta . Waaahhh ! Berangan pulak kau ye ? Layaaannnnn !!

Saturday, February 26, 2011

Janji Janji

Ribuan bintang di syurga
Kini semua bagaikan mendengar
Rintihan yang aku
Pendamkan sekian lama
Tidakku sangka kau berdusta
Diriku bagaikan bahtera
Yang kian karam dimamah lautan
Hilang tujuan

Janji janji yang kau beri
Kini telah pun hilang dan pergi
Kau mainkan cinta tiada bermakna
Namun tak daya ku lupa
Janji janji dan cinta pertama

Tidak percaya kau begitu
Sanggup menyakiti hatiku
Jiwaku merana tak ketara
Meronta ronta
Dikau tiada bagaimana
Perlu daku teruskan langkah
Sekiranya musnah kasih terpisah
Rebah tak berarah

Janji janji yang kau beri
Kini telah pun hailang dan pergi
Kau mainkan cinta tiada bermakna
Namun tak daya ku lupa
Janji janji dan cinta

Apakah ertinya bila insan sering berjanji
Kata kata tidak bererti bagai termimpi mimpi
Apa gunanya bercinta kalau kita kecewa
Biarlah kubawa diri
Ubati lukaku sendiri

- Vince Chong -


Friday, February 25, 2011

Dirty SLUT , u SUX !!

Slut , agak kasar panggilan tu kan ? Tapi ape aku kesah ? Kau dah ganggu hidup aku . Last few days cik Slut ni ada call aku . Suh aku jauhkan diri dari boy dia . What the heck ! Siapa "boy" kau tu ? Bila aku tanya si slut tu dia tak jawab . Dia just cakap yang aku selalu chat dengan boy dia kat fb . Setahu aku , aku chat dengan orang-orang yang aku kenal je . And most of them (boy) tak ada girlfie . Oleh sebab tu aku "aim" sorang kawan aku ni . Sebab aku rapat dengan dia . KTM - Kawan Terlebih Mesra . His name ? Tak payah tau la kot . Biar aku je yang tau . HEHE . Berahsia pulak kau ye ? Untuk keselamatan beliau . Nothing personal .

Disebabkan panggilan daripada si slut ni lah aku ambil keputusan untuk jauhkan diri aku dari kawan KTM aku tu . Susah nak buat keputusan tu tapi aku terpaksa sebab aku ingatkan beliau lah "boy" yang si slut ni maksudkan . Aku betul-betul menyesal sebab ikut cakap si slut ni . Disebabkan minah sesat ni , aku hilang seorang kawan yang selama ni baik dengan aku . Patutlah kawan KTM aku tu macam pelik after aku minta second chance kat beliau . HAHA . Lawak pulak ! Aish . Kenapa lah aku tak ignore je kata-kata slut tu ? Kan da menyesal . Eiii !! Kalaulah aku dapat perempuan ni memang GTH terus kot ! Geram yang menebal membuatkan aku berasa sebal . *sebal ? ayat indon lah ! Kau apa tau ? Geram maksudnya*

Information yang aku tau pasal perempuan ni ? Tak ada . Bila aku tanya nama dia , nama boy dia yang dia bangga-bangga kan tu dia tak jawab . Dia just cakap yang boy dia kawan dengan aku kat fb ! See , KAWAN . Dah add mesti la in touch . Orang dah tegur , tak kan nak menyombong pulak ? Aku tak suka dilabel sebagai orang yang sombong . Siapalah aku nak menyombong ni , ye tak ? Jadi moral of the story , janganlah nak serkap jarang orang kalau dah rasa salah serkap tu kan malu !! Jangan sombong-sombong dan jangan TERLEBIH RAMAH ! Bahaya jugak tu . Susah kan nak puaskan hati semua orang ? Just ignore orang yang bermulut longkang ni . Biar meraka sengsara , jangan kita yang menderita . Agak selfish tapi who cares ? HAHA *evil laugh

My love , Yang Yo Soeb -Beast-

Yang Yo Soeb , jejaka comel yang berjaya menambat hati aku . HAHA . Tapi bukan rupa dia yang buat aku minat kat dia . Suara dia ! Aku suka dengar suara dia . Chicky gilerr kot . I looooooiiiikkkkee u to the max !

-BEAST-


-Yang Yo Soeb-








Aku mimpi kau malam tadi . wee !! The sweetest dream ever . XOXO


Thursday, February 24, 2011

I love Vancouver , British Columbia !!

Why i am so crazy with Vancouver . Here's the reason . Beautiful place for beautiful person . HAHA . Just sharing some pictures of Vancouver , Canada (British Columbia)




Granville Island-bridge


Museum of Anthropology
-brilliant design isn't it-


Vancouver art gallery


  Vancouver cruise ship terminal


Just wait for me , Vancouver !!
I will be there very soon
:) Amin !! (:


Ketika Cinta Bertasbih

Cara untuk mempamerkan rasa CINTA anda kepada si dia :

1. Letakkan catatan "Aku cinta padamu" di meja makan ketika kamu dan si dia keluar makan bersama.

2. Kirimkan sebuah e-mel kepada si dia yang berisi sebuah puisi cinta.

3. Kirimkan kad ucapan cinta pada si dia. Lebih romantis lagi andainya kamu melakukannya sekerap yang mungkin.

4. Kirimkan bunga dengan catatan ringkas "I Love You" *lilly for me ok ? i hate rose*

5. Senaraikan semua sebab-sebab mengapa kamu mencintainya dan selitkannya di poket atau wallet si dia. *ala-ala surprise gitu*

6. Luangkan waktu khusus hanya untuk berduaan dengan si dia dan luahkan perasaan kamu padanya.

7. Biarpun mungkin suara kamu agak sumbang, namun tidak ada salahnya kamu menyanyikan lagu cinta untuknya. *Stick with you - my fav*

8. Masakkan makanan kesukaan si dia.

9. Apabila berjumpa a.k.a "dating" berikan senyuman kamu yang paling manis semanis kurma itu dan tatap matanya dalam-dalam. Meskipun kamu tidak menyuarakan perasaan cinta kamu padanya ketika itu , namun renungan mata kamu sudah cukup menggambarkan segala-galanya.

10. Jika kamu dan si dia bercinta jarak jauh , lakukan kunjungan kejutan untuk si dia.


- DO it or LEAVE it -


Wednesday, February 23, 2011

His Birthday Celebration

Semalam aku dan incik Fiqqy (Bukan nama sebenar) telah ke salah satu pusat beli-belah yang terdapat di Malaysia ni . Wah ! general gile tu kan ? HAHA . Tak jauh pun . Mines ? HAHA . Tak best la "dating" kat Mines . Dah biasa sangat . Ngee ~ !! Kitorang gerak Alamanda je pun . Dekat sangat dengan rumah kakak aku yang kat Presint 18 tu . Tapi kesian kat Fiqqy la sebab kena datang Putrajaya kan . Walaupun tak de lah jauh mana pun dari tempat beliau . Dari Hospital Serdang to Putra . Jauh ke ?? HAHA . Dekat sangat KOT . Hee ~

Tunggu Dr. Fiqqy memang memenatkan . Almaklumlah , tugas seorang Dr. memang sibuk ! Tu lah alasan yang beliau selalu bagi . Semua orang pun tau doktor sibuk -.- . Grr ,whatever la !! Setiap kali tengok muka beliau , tak tau kenapa aku tak sampai hati nak marah dia . Baik sangat kot ? (baik ke??) Tempat pertama kitorang tuju > wayang la . Lepas bermain "wayang" kitorang pergi layan boling pula . "Fiq tak reti main boling la awak" kata kau ! HAHA . "Eh? Doktor pun tak reti main ke?" . "Fiq rawat orang bukan rawat bola boling" -berseloroh pulak kau ye? grrr ~ ignore

Perut pun terus-terusan memainkan lagu sepi beliau . Kitorang pun apa lagi . Food court time ! *Kami suka MAKAN* Nafsu makan weolls sangat kuat u know ! Sedang aku melantak dengan rakusnya , tiba-tiba beliau keluarkan sesuatu dari sling bagnya . Apakah itu? Jeng 3x ! Hadiah . Aku pun tanya "Hadiah untuk siapa ni? Hadiah dari kawan awak ke? Buat apa keluarkan? Nak show off ke? Simpan je la . Tak nak tengok pun." Beliau pun berkata "Tak de lah awak . Hadiah ni bukan saya punya . Dari semalam hadiah ni merengek minta "tuan" baru . Saya rasa awak sesuai jadi "tuan" baru hadiah ni . Sebab hadiah ni tak suka saya kot?" Aku pun buat2 teruja , "Apa dalam tu? Bukak sekarang boleh?" Beliau membalas "It's yours now." Nak tau tak apa dalam tu ? Mesti tak nak kan ? dah agak dah . Tapi aku nak share jugak . Peduli apa aku ! hikhik . Dalam tu ada rantai , couple rings dengan gelang tangan . *Kenapa ada couple ring ?? Hurm ..

Pas makan tu aku ajak dia balik . Dia tarik muka . Comel gila ! I looooiiikkee . Dia pun hantar la aku balik naik Myvi (Birthday present from his parents) Aku pun tanya lah kat dia "Siapa orang pertama yang awak bawak naik kereta ni? Mesti orang special kan?" Dia jawab, "Awak la org pertama yang saya bawak naik kereta ni". *erk! terkedu sejenak* Aku pun tanya soalan lain . "Kenape awak bagi saya hadiah? Sedangkan birthday awak" . Dia balas , "Saja nak bagi . Fiq tak perlu hadiah . Sebab Fiq dah ada awak" Pergghh ! Jawapan dia betul-betul buat aku mati akal . Kan aku dah break dengan dia ? Kenapa dia layan aku cam aku ni awek dia lagi ? Sebelum ni tak de lak layan aku baik cam ni ! Aku pun tanya "Tapi kenapa? Kita kan dah ..." Dia menyampuk "Lupakan la kata-kata saya tu kalau awak tak selesa" . Lepas tu dua-dua senyap ! HAHA ..

Aku berani post entry pasal dia sebab dia tak tahu aku ada blog . HEHE . By the way , kitorang snap banyak gambar kat sana . Tapi gambar2 tu semua ada dalam camera dia la . Sorry uolls ! Chaw sin .

Tuesday, February 22, 2011

Selamat Hari Jadi Sayang

Happy Birthday to you ! ( you know who you are )

That's all ..

HAHA

Here's for you :)



Run out of budjet to buy u present laa ! hee ~





Saturday, February 19, 2011

Job Hunter

Haa .. ni la yang dikatakan sebagai lumrah hidup seorang penanam anggur a.k.a penggangur .. asyik ke hulu ke hilir cari kerja .. tapi tak membuahkan buah *hasil* .. bukan aku memilih .. tapi diorang yang memilih .. cakap nak call la apa jadah tapi haraaammm .. berjanggut jugak la tunggu call depa !

Kerjaya sebagai job hunter ni sangat mencabar .. bukan mencabar apa la tapi sangat mencabar tahap kesabaran anda .. kalau korang ada tahap kesabaran yang tinggi , insyaALLAH korang dapat survive dalam bidang ni dengan cemerlang .. tapi sampai bila nak bersabar ? haa .. kalau rasa2 korang dah hilang sabar , korang bakar jea kedai tu .. biar nanti pekerja2 kat situ pon join korang cari kerja sama2 .. HAHA .. baru best ada orang teman .. ye tak ? bak kata orang lagi ramai lagi meriah ! *buang tebiat ape ntah !

tu jea la kot ? kalau esok aku masih bernyawa , insyaALLAH aku akan post entry baru .. trimas kerana sudi membaca belog yang sengkek ini .. *tak kan baca jea ? follow la weyh !! HAHA *

~ Rindu zaman sekolah ~

Request ..

Assalamualaikum ! HEHE .. lama sudah aku tak meng-update belog ini .. thanks kepada mereka2 yang tanya bila aku nak post entry baru .. this is for u guys la k ! sorry sebab dah lama tak story mory dengan korang semua ..

Sekarang ni aku yakin para-para lepasan SPM semua mesti tengah gementar nak tunggu result keluar kan ? aku tau la sebab aku pon nervous jugak ! macam2 bermain dalam minda ni .. dapat berapa A ? ada ke fail macam selalu *HAHA .. terkantoi pulak kat situ .. ekekekeke .. tapi aku pasti semua orang pon nak kan yang terbaik untuk diri sendiri .. jadi sama2 lah kita berdoa dan rajin2kanlah diri anda untuk bangun awal pagi *solat hajat*

Adiosss !! take care .. don't drink and drive ! beware of dogs .. HAHA .. common kan ? but i looooiikkkee !!