Saturday, July 14, 2012

Hang Augering

Assalamualaikum readers.. I'm finally back! Hoho.. Loooonnnggg time no see right? Hee :D

 *Back on business please* Baiklah. Setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku kembali ke jalan yang berturap. Sebenarnya, aku dah lama tak post entry baru sebab aku ada sebab aku tersendirilah kan.. Takkan tu pon aku nak share dengan korang.. Tak PRIVACY la *konon* Aku nak habaq mai kat hangpa depa dan kampa sekalian yang pada hari rabu yang lepas yakni pada tanggal 11 Julai telah bermula lah satu ujikaji kami yang pertama dalam kursus *subjek* Site Investigation. Gah giler nama kan? Hoho.. Site investigation ni bukan macam CSI yang korang selalu tengok kat AXN tu. Tu kafir laknatullah punye cerita. Tapi Site Investigation ni, insyaAllah dapat mendekatkan diri korang dengan yang Maha Pencipta. Sebab dalam kursus ni, kita akan belajar mengenai tanah, iaitu salah satu ciptaan Allah yang sangat memberikan manfaat kepada manusia seluruh alam. Ye la, dengan tanah kita boleh bercucuk tanam, membina masjid di atasnya dan kita pon berasal daripada tanah jugak kan! *okay, aku dah start tarbiah*

 Hari Rabu lepas, Tuan Syed a.k.a Papa Syed telah mengarahkan pelajar-pelajar program Geo-structure semester 3 untuk berkumpul di dalam geotechnic laboratory. Kami juga telah diingatkan agar berpakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti yang ganas. *ganas --> lasak* Setibanya kami di dalam makmal tersebut, kami telah di-brief terlebih dahulu oleh beliau tentang aktiviti yang akan kami jalankan pada petang itu. Aktiviti tersebut ialah ??? Hand Auger laa!! *tengok title pon dah tao.. lame* Mula-mula agak blur jugak la kan, hand auger? Amende lak tu? Dah la tak belajar pape lagi, tuptup terus buat lab pulak? Papa Syed mengarahkan kami untuk membentuk sebuah kumpulan (3 orang 1 group) dan oleh sebab dalam kelas kami hanya ada 2 kuntum bunga, kami tidak dibenarkan untuk duduk didalam satu kumpulan -.-" Pelbagai cara telah dilakukan untuk menentukan siapa group pertama dan kedua. *osom la, lat talilat la, undi, tapi sume tak jadi* last-last dapat jugak group yang nama bercapital sama iaitu kumpulan "A" dan "F".. Kumpulan A terdiri daripada Aziz, Azilah dan Afiq. Manakala kumpulan F pula Fikri, Farah dan Faiz. Kan senang kalau awal-awal macam tu.. Tak de la buang masa undi, osom bagai *lame*


Fikri tengah korek lubang nak buang air tuuutt! xD



Faiz tengah sambungkan shaft dengan drill
*muka tu cover la sikit -.-"*



Apa yang penting? Kerjasama!!



Bekerja bersama "Papa Syed"
*Fikri main Merry-go-round tak hajak! -,-*



Saya putar, Halim~



Main geli-geli dengan tanah 
*siyes geli tapi best!*



Semakin dalam kita korek, tanah akan mula berubah warna



*please ignore mamat ni*



Dari kiri : Azilah, Aziz, Farah



Okay. Muka letih @_@


Kesimpulan yang berjaya saya simpulkan di sini ialah, tak ada! Bhahahaha.. Buat benda ni memang la penat kan.. Tapi, siyes BEST!! So, kepada adik-adik atau abang-abang yang pening-pening lalat nak pilih tempat belajar or tak tahu nak belajar kat mana, join la KKTM Sri Gading.. But make sure korang masuk program GEO-STRUCUTRE tao! Sebab geo-structure memang COOL habis!

Sekian, Wassalam.. =)


Thursday, August 18, 2011

Aku Memang Macam Ni :)

Well.. Kalau nak tau la kan, aku mase muda2 dulu memang SANGAT pemalu uolls!! Mesti korang tak caye an? Percayalaaahhh~ *nyanyi ala2 Si tikus* Alkisah, kalau ada tetamu kat rumah aku, aku mesti cabut masuk dalam bilik. *konon2 cam ada orang nak datang meminang la kan* ekekeke.. Tapi sekarang memang tak tau malu. Kalau dulu, kawan aku ada 5 orang je : Amar Husaini, Alif Iskandar (1st LOVE :p), Ima'an and Fazrina. Tu la kawan aku dari darjah 3 sampai darjah 5 *masa darjah 6 aku dah pindah sekolah secara mengezzuutt gitu* Aku rasa perasaan malu aku tu hilang sendiri bila aku masuk sekolah baru. Tak tau kenapa. Tapi serious, masa aku sekolah kat Hussien Onn dulu kan, aku x tau pon apa itu COUPLE.. Sampai kat SK Tanming Jaya baru aku tau benda2 soSIAL ni sume. Almaklum la, sekolah Hussein Onn kan sekolah BAEK sikit. HEHEK.

Sampai sekarang perasaan malu tu agak kurang. Aku dah mula pandai interact dengan member2 baru dalam environment baru. Tapi aku sedar jugak kadang-kadang aku cam terOVER the line. Aku akan cuba berubah demi masa depan yang cerah ehh~ *tetibe*

Komunikasi sesama manusia memang bagos. Tapi aku prefer borak dengan kucing daripada manusia. Sebab sumtime manusia tak faham perasaan kita and kucing lagi memahami. Sebab tu aku SAYANG sangat dengan makhluk ALLAH bernama KUCING ni. Heee!! *teringin nak beli kucing Persian tapi hajat tak kesampaian* Sayang, kalau awak bace ni, awak hadiahkan la saya kucing Parsi eh! Hee~ Nescaya saya akan ber++ sayang kat awak.. Ekekeke *mood : Manje*


Terima la saya apa adanya eh, sayang.. Saya memang macam ni.. Suka bermanje :P




Byeee!!!! *waving :)

Sunday, August 7, 2011

Perasaan

Hurm.. Perasaan eh? Aku pon tak tahu perasaan aku kat kau macam mana sebenarnya. Bila berjauhan rasa RINDU sangat. Bila kau dekat dengan aku, aku tak rasa pape pon weyh. HAHAHA *gelak kejam* Tapi baru-baru ni aku ada terdengar yang kau dah date dengan budak yang sama course dengan kau. Aku pon hangen satu badan. Aku takut nak tanya kau sendiri sebab aku dengan kau pon bukannya ada apa-apa relationship pon. Aku just pernah confess perasaan aku kat kau je tapi kau tak respond pon kan? So aku tak de hak nak tanya pape. Aku diamkan diri je. Aku kan dah jauh dari kau. So, aku tau macam mana perasaan kau bila kau cakap kau rindu kat aku masa kau mula-mula sambung belajar dulu. Bila dulu kau cakap kau rindu kat aku, aku tak percaya sebab masa tu kau baru pergi 3 hari. Takkan dah rindu kot kan? Tapi sekarang aku tahu macam mana perasaan kau dulu..

Mood aku tak elok sangat hari ni.. So, harap-harap korang yang membaca ni layankan je la eh. FYI, aku tengah pening buat autocad kat DM neh.. DM tu Dewan Makan lerr.. Untuk si keding FARID, aku tau kau rindu kat kakak kau yang tomey ni kan?? Nantikan kehadiran aku kat depan rumah kau okay!! Nanti kita berbuka sama-sama.. Kau nak sahur dengan aku pon boleh~ To Capik and Fitri : stick to our plan tao!! Jangan lupa.......... Aku chow dulu eehh.. To my "PAKCEK" entry ni aku post untuk luahkan perasaan aku kat kau.. Setiap gambar kau yang kau MMS kat aku, aku simpan weyh! Tak delete pon. Setiap kali aku rindu kat kau, aku tatap gambar kau. Walaupon kau anggap aku cam BFF tapi aku tak kesah pon. Sebab aku memang suka kawan dengan kau. Hee!!


Stay Single, No Trouble!! :)

Saturday, August 6, 2011

KKTM Sri gading

Life as a college student memang lunatic la weyh.. Best memang la best! Tapi bila dah dapat assignment, memang hidup kau kacau bilau cam kerbau balau.. HAHA! *mengarot suda* Kawan-kawan kat sini sume so far okay la.. Of course la tak sama macam kawan-kawan kat CJ kan.. Tapi still okay la~ Boleh masok la kan.. Senior-senior pon ada yang sporting ada gak yang straight tak belok-belok!! Yang paling aku rindu sekali of course la mamaku sayang and ada la certain friend yang aku betul-bbetul rindu.. Biar la rahsia eh! *Tak nak mention name sebab nanti kalau name korang tak tersenarai korang mesti serang aku nanti* HUHU..

Santapan mata :





Gambar pertama --> Hangout dengan geng-geng baru.. (Dalam gambar: Fikri, Zie and Yang)

Gambar kedua --> Farah, Yang and Zie

Gambar ketiga --> Ketua kelas DCG Sem 1 (Faiz a.k.a PAEH)

Gambar keempat --> Dewan Besar (Dewan badminton)

Gambar kelima --> Bilik-bilik kuliah and library *x jelas*

banyak lagi gambar sebenarnye.. Cume malas nak masokkan! To my adeq SYED FARID, aku tau kau rindu entry baru dari aku kan? Ni untuk kau ehh!! *Hulur duit raye*